~It's All About Me~

It's nothing...It's Just about me and my life!!!!

Bergerak dari Jusco kami terus menuju ke George Town (ejaan terkini bagi Georgetown). Hubby masih berkira-kira untuk memilih antara 2 destinasi ini iaitu Taman Belia dan Toy Museum. Disebabkan emosi ieya yang masih x stabil, hubby memilih Taman Belia sebagai destinasi utama dengan harapan moga2 mood ieya berubah ok...:)

Walaupun dh 4 tahun berada di Penang, inilah kali pertama kami berusaha untuk mencari Taman Belia yang heboh diperkatakan oleh adik dan opismate aku...kononnya taman nie best sgt...leh bawak anak2 beriadah, dan paling menarik minat aku tentang kolam awam yang ada di sana. Memandangkan pertama kali menjejakkan kaki ke sana, hubby tersalah masuk entrance..rasanya kami dh salah masuk gate...patutnya gate tue untuk keluar...sebab tue la 2~3 papan tanda dok warning "Dilarang Masuk"...hehehehe...dengan muka selamba, kami ignore aje dengan amaran tersebut. Kalaulah ada pekerja taman menegur kami akan gunakan alasan yg kononnya kami orang Perak (plat kete dh sah2 la Perak mali....AFP 48XX...). Tapi mungkin sebab niat di hati baik, nak bawak anak2 beriadah xde plak di kalangan pekerja tue yang menegur....

Dari kejauhan anak aku dh excited dah dlm kete..sebab dok nampak beberapa ekor beruk yang yang play around kat parking kereta. Sampai sahaja ke dlm taman ieya terover excited sampai pecah tumbler aku..mana taknyer...playground yang bersaiz paling besar la kat area Penang nie dok tersergam kat sana...tanpa mendapat green light terlebih dahulu, sibuk iera memilih permainannya....Itulah anak perempuan aku..Independent sungguh..yg tue memang aku tabik spring kat dia..bawak la pi mana pon mesti mudah utk berkawan...x kisah la kaum apa pon..sibuk jer dia main bersama...hehehehe...cuma yg memeningkan aku dia masih selesa memakai diapers...entah sampai bila entah...ada jugak la yg bising..takut x cukup saiz...tapi tue la dianya..bukan x cuba mengajar...tapi masih x mau bertukar...kalo ikutkan abahnya, biar jer..sampai dia bole sendiri...I hope so....

Kemudiannya, aku ngan hubby cuba la tour mencari kolam yg dikatakan..sampai jer sana..rasa nak terjun pon ada...kalo diikutkan dari saiz xdela besar mana, tapi bersih...macam pool kat hotel2...bab hygiene x payah citer..sebab kalo kat hotel pon belom tentu 'hygiene'nyer terjamin...kalo nak yg confirm terjamin g mandi kat kolam kat umah sendiri...hehehehe...

anak2 very excited..hubby pon sama...aku???..definitely very excited...xpe..hubby janji di kesempatan lain kami akan datang semula dengan persediaan yg secukupnya untuk berpicnic kat sini...InsyaAllah....

Erk...lupa nak story..since kami mulanya dari shopping mall..so dress up ala-ala la..ngan hillnye...baju glam...(mak oii...glam tara aku je la..saja nak sedap kan citer...hehehehe...). Makanya kaki pon sakit x hengat la....sampai nak jalan pi toilet pon aku tangguhkan dulu hajat tue sebentar...x larat beb nak jalan lagik...mana nak handle anak2..mana nak handle hill lagik...adussh!!!!...so...tour kami dlm taman x la dapat pusing abis...ditangguhkan untuk kemudian hari...

Memandangkan waktu masih menunjukkan petang yg muda, hubby masih stick ngan plan asalnya..iaitu nak menjengah ke Toy of Museum..The Largest in the World...x percaya???kalo x percaya makanya kita pon telah ditipu oleh signboard yang dipasang di bangunannya la....hehehe..betui arr..tara tipu arr...!!!!

To Be Continued....

Semalam...ntah apa yang telah bertandang ke kepala nie ntah, sama jer ngan fikiran hubby..tetiba jer rasa nak berjalan2 bawak anak2..So, makanya hubby idak ler pergi bertugas...plan utama ingat nak g ker Toy Museum...dh lama kepingin tapi masa tidak mengizinkan...
Bila berjaya mencuri kesempatan sebegini, rasanya perlu didunakan dengan sebaik mungkin..Tour semalam bermula dengan Jusco Queensbay Mall. Bukan bershopping pon singgah sebentar di Kenny Rogers..bagi mengisi perut masing2..aku makan sandwich jer...berdiet...hubby pon makan ala kadar jer..tapi dlm ala2 kadar tue..resit makanan yg sampai...mak oiiii...RM 51.05... hehehehe..itu dlm ala kadar..kalo yg betui2....hehehehehe...(ketawa sambil berpeluh dahi...beb!!!!!)



Selesai makan, kami sekeluarga terus kuar dari Jusco...untuk menuju ke destinasi yang telah dirancang...sampai ke kereta..hubby plak buat citer...tiket parking tertinggal kat mesin autopay...
adush!!!!!!satu hal plak...aku ditugaskan ke mesin autopay tersebut dengan harapan tiket tersebut masih berada di situ...sepanjang perjalanan aku dh plan dalam kepala..nak bising2 pon xde faedah nyer..kalo xde jawabnya ke kaunter pengurusan parking arr..bayar denda...kuar dari lif aku dh nampak tiket tue terselit pada compartment balance...hehehehe...tiket itu masih rezeki kami.....muahahahahaha...sape la insan perihatin tue...moga one another day dia pon kan bernasib baik seperti kami....sampai kereta hubby aku terus lega..tidak pernah dia terleka sebegini..tapi itulah ketentuannya...kalo ditakdirkan kita terleka...tak perlu kesal..terima ngan hati terbuka taw...lagi mudah nak face sebenarnya....

Anak2...usah ditanya..memang banyak karenah..kalo x kuat..maunya cancel program...hehehehehe....


To Be Continued....

Tom Yam Ala Aku...

Bangun dari titon terus kepala mem'plan' menu untuk diet arini..Since hubby pon sama berdiet, makanya aku harus bersungguh-sungguh untuk membantu dan sama-sama memotivasikan diri untuk bersaing2 dalam merealisasikan impian nak mengurangkan berat badan kami yang dh terover-over nie...

Antara menu2 yang di'suggest'kan adalah seperti sandwich, sup, tomyam...kalo malas2 sangat...salad buah..x pon buah epal. Program diet kami baru sahaja bermula...aku plak x berkesempatan lagik nak mengukur berat sebelum program diet nie...xpe..nanti2 bile berkesempatan dalam masa terdekat nie akan aku cari ruang untuk mengukur berat aku ngan hubby...bukan hape untuk rujukan selepas tempoh waktu tertentu..untuk tujuan measurement whether our objectives is accomplished or not...ngeeee...
So..Today's Menu...

Tom Yam ala Aku....

Bahan-bahan
1/2 Ekor Ayam Dipotong Kecil
10 ekor Udang Sederhana Besar

4 Ekor Sotong

3 1/2 Kiub Tom Yam Knorr

8 biji Cili Padi Ditumbuk Kasar

2 Batang Serai Diketuk Batangnya

2 Biji Bawang Besar Dihiris

1 inci Halia dihiris
Daun Limau Purut (secukupnya)
1/4 Kobis

1/4 Bunga Kobis

4 Batang Putik Jagung

2 biji Tomato

2 sudu kecil air perahan limau nipis

Garam
Air

Perasa

Minyak (untuk menumis)


Cara2 Membuatnya

1. Tumiskan bawang dan halia yang telah dihiris hingga naik baunya.
2. Masukkan kiub / Pes Tom Yam sehingga keluar minyak.

3. Masukkan sedikit air, ayam, serai dan cili padi. Biarkan sehingga ayam tadi masak.
4. Setelah ayam masak, masukkan sotong bersama udang dan kemudiannya tambah air dengan anggaran 2 1/2 liter. Biarkan sehingga kuah tersebut menggelegak.

5. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut (kecuali tomato).

6. Masukkan garam dan perasa.

7. Apabila rasanya telah menepati selera dan sayur-sayuran telah masak, masukkan tomato.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


P/S: Hubby aku kata okies!!!...Selamat mencuba..kalo x kene pada selera..pepandaila ubah yer...nie pon asalnya aku cedok dari beberapa resepi....xpe..untuk memasak nie..bersandarlah pada tagline..."belasah ajer, pe2pon kite buat dia"...:)))

LPP Result

Semalam boss panggil untuk review LPP dan SKT bagi tahun 2009. Singkatannya, penilaian prestasi tahunan. Berdebar pon ada jugak. Tapi aku x pernah mengharapkan sesuatu yang indah di situ. Walaupun memang sukar apabila nak mendengar orang lain untuk mengkritik kelemahan kita, namun aku anggap itu merupakan antara cabang utama untuk aku memperbaiki kelemahan diri di masa akan datang.

Boss aku simpulkan prestasi tahun 2009 meningkat sedikit dari tahun 2008 sebab aku banyak menyelesaikan tugasan2 khas ad-hoc. Itu antara reason mengapa prestasi aku ada peningkatan sedikit tahun nie. Aku dibenarkan untuk mengeluarkan pendapat berhubung isu ini. Dan aku juga diberikan peluang untuk mempertikaikan penilaian yang dibuat oleh Boss aku.

Namun, aku lebih selesa untuk mendengar. Dan sgt selesa jika kelemahan2 itu diperkatakan oleh boss aku sendiri. Selain dari kerja2 mengajar, kerja2 pengurusan dibuat atas permintaan. Mcm yang aku highlight siap2 kat boss, aku jenis x pendai cari kerja. Sekiranya diminta aku mesti x banyak songel punya sekiranya kerja2 tue dlm kemampuan aku. Seperti yang aku dh bajet siap, kelemahan utama aku adalah disebabkan komitmen aku pada kerja2 luar. Maksud aku seperti latihan luar pejabat seperti kursus2 dan sebagainya.

Bab nie memang aku lemah. Sebab kerja2 tue menuntut komitmen bukan sahaja di pihak aku, tapi keluarga aku...yang terdiri daripada anak2, hubby dan family kat kampung. Tak ter'adjust' aku dah...bukan aku x pernah dapat tawaran tapi memang xde kudrat aku nak memenuhi tuntutan kerja tersebut disebabkan komitmen family. Sekiranya aku x pergi yang perlu menanggung kesannya adalah aku seorang sahaja. Tapi sekiranya aku pergi, banyak pihak yang terbeban. Nak2 plak anak2 masih kecil. bukan aku x pernah bepengalaman sebelum nie, tapi kesannya tak tertanggung aku dibuatnya. Mak bapak aku ada lagik...tapi itulah susah aku nak kata...keputusan yang perlu dibuat bukan di pihak aku saja tapi melibatkan pihak2 lain.

So...kesimpulannya, aku boleh dikatakan berpuas hati dengan review boss aku. Telus atau tidak telus bukan kudrat aku untuk mempertikaikannya. Aku terima semuanya dengan penuh keterbukaan. Tentang komitmen kerja aku, kalo bukan arini mungkin nanti2 aku akan penuhi kehendak profesional aku...:)

Spageti

Erm..arini hubby nyer birthday yg ke-30. Ongkos aku plak kurang..so..nothing special utk dia..dalam aku berkira2 tue..tergerak hati nak masak spageti..walhal aku bukannya pernah masakan menu ini utk dia...tapi sebab aku tau dia suka so..aku pon berusaha mencari resepi..kata kengkawan menu nie mudah sangat..mcm masak maggi...ntah aku pon pada mulanya susah nak komen...tapi sebab hubby punyer pasai...eden toraiiii!!!!

Berikut merupakan bahan2 yang diperlukan (setelah aku edit2 resepi asal mengikut bahan2 yg sedia ada di rumah aku...) dan cara2 memasaknya;


Bahan-bahan untuk mee:

Spageti mee - 2 cekak 50sen
Minyak zaitun / butter / marjerin - 1 sudu kecil
Sedikit garam (x wajib) - setengah sudu
Air - secukupnya

Cara melembutkan spageti mee:

  1. Basuh spageti dengan air.
  2. Masukkan dalam periuk yang berisi air (lebih kurang separuh penuh atau setakat yang dirasakan cukup untuk jumlah mee spageti tadi)
  3. Masukkan sedikit minyak zaitun / butter /marjerin – untuk menjadikan mee dari melekat dan kelihatan cantik.
  4. Kalau nak masin, boleh tambah SEDIKIT garam.
  5. Renihkan sehingga lebih kurang 10 minit, atau sehingga lembut yang dikehendaki.
  6. Angkat dan Toskan.

Bahan-bahan untuk Sos Spageti (Untuk 4 orang)

Tomato Puri - 2 tin sederhana
Bawang putih (didadu halus) - 2 ulas
Daging kisar (udang/ayam) - 300g
Cendawan butang (didadu) - 200g
Gula - 1 1/2 sudu besar
Garam - secukup rasa
Spageti spice - secukup rasa
Lada Hitam - secukup rasa
Minyak zaitun (marjerin/butter) - sedikit
Serbuk Cili kering (pilihan jika mahu pedas)

Cara menyediakan dan bahan-bahan SOS Spageti:

  1. Masukkan semua bahan
  2. Renihkan sehingga masak.

Alhamdulillah...menjadi jugak spageti nie...hubby aku makan sgt2 berselera...siap pesan lagik suruh masak utk next time..InsyaAllah..akan ada kali kedua dan seterusnya...mudah tapi berbaloi-baloi....:)))

Wa..aku ingat citer2 mistik nie dalam TV jer...rupa-rupanya citer2 tue dekat jer dengan kehidupan aku...Semuanya bermula bila mana KTM Berhad mengambil alih tanah2 orang kg termasukla tanah yang diduduki oleh kakak aku...Kalo aku fikir2kan semula macam aku tak percaya jer...tapi itulah kenyataannya..

Proses pengambilalihan oleh KTMB dimulakan dengan pembayaran gantirugi kepada semua pemilik tanah + rumah di kawasan2 yang terlibat dengan projek komuter KL - Utara...Tanah kakak atau lebih tepat abg ipar aku pon terlibat jugak...kesian jugak bila aku tgk mereka kene berpindah dan memulakan pembinaan rumah baru..tapi apakan daya..nak menolak siapala mereka utk melawan kehendak government!!!...so..ikut ajer la...

KTMB mulakan projek dengan meng'scan' tanah2 utk memantau struktur tanah...scan punyer scan..terbongkar misteri yang x pernah diketahui oleh penduduk tempatan selama ini..rupa2nya di bawah tanah jiran sebelah rumah kakak aku terletak 10 buah kubur lama!!!!...jadi usaha2 memindahkan kubur2 itu terpaksa dijalankan..nak dijadikan cerita proses pemindahan tersebut dijalankan pada siang hari...

kawasan rumah tersebut hanya terletak dalam lingkungan 30m sahaja dari rumah kakak aku..semasa proses tersebut dijalankan kebetulan kakak aku pulang ke rumah..dia dapat menyaksikan 6 bungkusan kain putih yang diletakkan di atas meja..bersedia untuk dipindahkan!!!!...

Kecoh seketika penduduk tempatan..yerla...selama nie xde siapa pun yang tahu menahu tentang kewujudan kubur2 tersebut...dipercayai kepunyaan perintis2 yang bertanggungjawab membuka kg tersebut...erm...misteri...misteri...even setiap kali aku terkenangkan citer nie, aku sendiri macam x percaya jer...:)

Terubat Rindu

Pulang ke kg sempena majlis berkhatan anak sedara baru2 ini membuka ruang utk aku berborak santai ngan adik beradik yang lain. Sebenarnya, memang aku dh lama rindukan saat nie..Selalunya situasi ini aku rasa bila aku pulang ke kg hubby. Tapi keadaannya x sama. Mudah saja..sebab aku hanya ipar..bukan sedara kandung..akan ada byk kontrasnyer...

Walaupun waktu yang ada sangat terhad sebab masing2 sibuk dengan kerja2 persiapan, namun aku gunakan kesempatan yang ada untuk meluangkan sebaik mungkin...baru aku perasan lama sudah masa berlalu baru di kesempatan ini kami adik beradik bole berkumpul...:)))

Perasaan aku???...tak terucap gembiranya...Alhamdulillah...biar masing2 banyak pincang jika dibandingkan dengan keluarga2 lain, namun x dapat dinafikan aku rindukan detik kami berkumpul begini....

~SiNoPsIs BlOg AkU~

Kadangkala aku kepingin untuk bercerita...cerita2 santai...cerita2 gumbira..dan cerita2 duka...jadi semuanya tentang cerita aku...

ChIt-ChAt


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers