Erm..arini hubby nyer birthday yg ke-30. Ongkos aku plak kurang..so..nothing special utk dia..dalam aku berkira2 tue..tergerak hati nak masak spageti..walhal aku bukannya pernah masakan menu ini utk dia...tapi sebab aku tau dia suka so..aku pon berusaha mencari resepi..kata kengkawan menu nie mudah sangat..mcm masak maggi...ntah aku pon pada mulanya susah nak komen...tapi sebab hubby punyer pasai...eden toraiiii!!!!

Berikut merupakan bahan2 yang diperlukan (setelah aku edit2 resepi asal mengikut bahan2 yg sedia ada di rumah aku...) dan cara2 memasaknya;


Bahan-bahan untuk mee:

Spageti mee - 2 cekak 50sen
Minyak zaitun / butter / marjerin - 1 sudu kecil
Sedikit garam (x wajib) - setengah sudu
Air - secukupnya

Cara melembutkan spageti mee:

  1. Basuh spageti dengan air.
  2. Masukkan dalam periuk yang berisi air (lebih kurang separuh penuh atau setakat yang dirasakan cukup untuk jumlah mee spageti tadi)
  3. Masukkan sedikit minyak zaitun / butter /marjerin – untuk menjadikan mee dari melekat dan kelihatan cantik.
  4. Kalau nak masin, boleh tambah SEDIKIT garam.
  5. Renihkan sehingga lebih kurang 10 minit, atau sehingga lembut yang dikehendaki.
  6. Angkat dan Toskan.

Bahan-bahan untuk Sos Spageti (Untuk 4 orang)

Tomato Puri - 2 tin sederhana
Bawang putih (didadu halus) - 2 ulas
Daging kisar (udang/ayam) - 300g
Cendawan butang (didadu) - 200g
Gula - 1 1/2 sudu besar
Garam - secukup rasa
Spageti spice - secukup rasa
Lada Hitam - secukup rasa
Minyak zaitun (marjerin/butter) - sedikit
Serbuk Cili kering (pilihan jika mahu pedas)

Cara menyediakan dan bahan-bahan SOS Spageti:

  1. Masukkan semua bahan
  2. Renihkan sehingga masak.

Alhamdulillah...menjadi jugak spageti nie...hubby aku makan sgt2 berselera...siap pesan lagik suruh masak utk next time..InsyaAllah..akan ada kali kedua dan seterusnya...mudah tapi berbaloi-baloi....:)))