~It's All About Me~

It's nothing...It's Just about me and my life!!!!

Semalam...ntah apa yang telah bertandang ke kepala nie ntah, sama jer ngan fikiran hubby..tetiba jer rasa nak berjalan2 bawak anak2..So, makanya hubby idak ler pergi bertugas...plan utama ingat nak g ker Toy Museum...dh lama kepingin tapi masa tidak mengizinkan...
Bila berjaya mencuri kesempatan sebegini, rasanya perlu didunakan dengan sebaik mungkin..Tour semalam bermula dengan Jusco Queensbay Mall. Bukan bershopping pon singgah sebentar di Kenny Rogers..bagi mengisi perut masing2..aku makan sandwich jer...berdiet...hubby pon makan ala kadar jer..tapi dlm ala2 kadar tue..resit makanan yg sampai...mak oiiii...RM 51.05... hehehehe..itu dlm ala kadar..kalo yg betui2....hehehehehe...(ketawa sambil berpeluh dahi...beb!!!!!)



Selesai makan, kami sekeluarga terus kuar dari Jusco...untuk menuju ke destinasi yang telah dirancang...sampai ke kereta..hubby plak buat citer...tiket parking tertinggal kat mesin autopay...
adush!!!!!!satu hal plak...aku ditugaskan ke mesin autopay tersebut dengan harapan tiket tersebut masih berada di situ...sepanjang perjalanan aku dh plan dalam kepala..nak bising2 pon xde faedah nyer..kalo xde jawabnya ke kaunter pengurusan parking arr..bayar denda...kuar dari lif aku dh nampak tiket tue terselit pada compartment balance...hehehehe...tiket itu masih rezeki kami.....muahahahahaha...sape la insan perihatin tue...moga one another day dia pon kan bernasib baik seperti kami....sampai kereta hubby aku terus lega..tidak pernah dia terleka sebegini..tapi itulah ketentuannya...kalo ditakdirkan kita terleka...tak perlu kesal..terima ngan hati terbuka taw...lagi mudah nak face sebenarnya....

Anak2...usah ditanya..memang banyak karenah..kalo x kuat..maunya cancel program...hehehehehe....


To Be Continued....

Tom Yam Ala Aku...

Bangun dari titon terus kepala mem'plan' menu untuk diet arini..Since hubby pon sama berdiet, makanya aku harus bersungguh-sungguh untuk membantu dan sama-sama memotivasikan diri untuk bersaing2 dalam merealisasikan impian nak mengurangkan berat badan kami yang dh terover-over nie...

Antara menu2 yang di'suggest'kan adalah seperti sandwich, sup, tomyam...kalo malas2 sangat...salad buah..x pon buah epal. Program diet kami baru sahaja bermula...aku plak x berkesempatan lagik nak mengukur berat sebelum program diet nie...xpe..nanti2 bile berkesempatan dalam masa terdekat nie akan aku cari ruang untuk mengukur berat aku ngan hubby...bukan hape untuk rujukan selepas tempoh waktu tertentu..untuk tujuan measurement whether our objectives is accomplished or not...ngeeee...
So..Today's Menu...

Tom Yam ala Aku....

Bahan-bahan
1/2 Ekor Ayam Dipotong Kecil
10 ekor Udang Sederhana Besar

4 Ekor Sotong

3 1/2 Kiub Tom Yam Knorr

8 biji Cili Padi Ditumbuk Kasar

2 Batang Serai Diketuk Batangnya

2 Biji Bawang Besar Dihiris

1 inci Halia dihiris
Daun Limau Purut (secukupnya)
1/4 Kobis

1/4 Bunga Kobis

4 Batang Putik Jagung

2 biji Tomato

2 sudu kecil air perahan limau nipis

Garam
Air

Perasa

Minyak (untuk menumis)


Cara2 Membuatnya

1. Tumiskan bawang dan halia yang telah dihiris hingga naik baunya.
2. Masukkan kiub / Pes Tom Yam sehingga keluar minyak.

3. Masukkan sedikit air, ayam, serai dan cili padi. Biarkan sehingga ayam tadi masak.
4. Setelah ayam masak, masukkan sotong bersama udang dan kemudiannya tambah air dengan anggaran 2 1/2 liter. Biarkan sehingga kuah tersebut menggelegak.

5. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut (kecuali tomato).

6. Masukkan garam dan perasa.

7. Apabila rasanya telah menepati selera dan sayur-sayuran telah masak, masukkan tomato.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


P/S: Hubby aku kata okies!!!...Selamat mencuba..kalo x kene pada selera..pepandaila ubah yer...nie pon asalnya aku cedok dari beberapa resepi....xpe..untuk memasak nie..bersandarlah pada tagline..."belasah ajer, pe2pon kite buat dia"...:)))

LPP Result

Semalam boss panggil untuk review LPP dan SKT bagi tahun 2009. Singkatannya, penilaian prestasi tahunan. Berdebar pon ada jugak. Tapi aku x pernah mengharapkan sesuatu yang indah di situ. Walaupun memang sukar apabila nak mendengar orang lain untuk mengkritik kelemahan kita, namun aku anggap itu merupakan antara cabang utama untuk aku memperbaiki kelemahan diri di masa akan datang.

Boss aku simpulkan prestasi tahun 2009 meningkat sedikit dari tahun 2008 sebab aku banyak menyelesaikan tugasan2 khas ad-hoc. Itu antara reason mengapa prestasi aku ada peningkatan sedikit tahun nie. Aku dibenarkan untuk mengeluarkan pendapat berhubung isu ini. Dan aku juga diberikan peluang untuk mempertikaikan penilaian yang dibuat oleh Boss aku.

Namun, aku lebih selesa untuk mendengar. Dan sgt selesa jika kelemahan2 itu diperkatakan oleh boss aku sendiri. Selain dari kerja2 mengajar, kerja2 pengurusan dibuat atas permintaan. Mcm yang aku highlight siap2 kat boss, aku jenis x pendai cari kerja. Sekiranya diminta aku mesti x banyak songel punya sekiranya kerja2 tue dlm kemampuan aku. Seperti yang aku dh bajet siap, kelemahan utama aku adalah disebabkan komitmen aku pada kerja2 luar. Maksud aku seperti latihan luar pejabat seperti kursus2 dan sebagainya.

Bab nie memang aku lemah. Sebab kerja2 tue menuntut komitmen bukan sahaja di pihak aku, tapi keluarga aku...yang terdiri daripada anak2, hubby dan family kat kampung. Tak ter'adjust' aku dah...bukan aku x pernah dapat tawaran tapi memang xde kudrat aku nak memenuhi tuntutan kerja tersebut disebabkan komitmen family. Sekiranya aku x pergi yang perlu menanggung kesannya adalah aku seorang sahaja. Tapi sekiranya aku pergi, banyak pihak yang terbeban. Nak2 plak anak2 masih kecil. bukan aku x pernah bepengalaman sebelum nie, tapi kesannya tak tertanggung aku dibuatnya. Mak bapak aku ada lagik...tapi itulah susah aku nak kata...keputusan yang perlu dibuat bukan di pihak aku saja tapi melibatkan pihak2 lain.

So...kesimpulannya, aku boleh dikatakan berpuas hati dengan review boss aku. Telus atau tidak telus bukan kudrat aku untuk mempertikaikannya. Aku terima semuanya dengan penuh keterbukaan. Tentang komitmen kerja aku, kalo bukan arini mungkin nanti2 aku akan penuhi kehendak profesional aku...:)

Spageti

Erm..arini hubby nyer birthday yg ke-30. Ongkos aku plak kurang..so..nothing special utk dia..dalam aku berkira2 tue..tergerak hati nak masak spageti..walhal aku bukannya pernah masakan menu ini utk dia...tapi sebab aku tau dia suka so..aku pon berusaha mencari resepi..kata kengkawan menu nie mudah sangat..mcm masak maggi...ntah aku pon pada mulanya susah nak komen...tapi sebab hubby punyer pasai...eden toraiiii!!!!

Berikut merupakan bahan2 yang diperlukan (setelah aku edit2 resepi asal mengikut bahan2 yg sedia ada di rumah aku...) dan cara2 memasaknya;


Bahan-bahan untuk mee:

Spageti mee - 2 cekak 50sen
Minyak zaitun / butter / marjerin - 1 sudu kecil
Sedikit garam (x wajib) - setengah sudu
Air - secukupnya

Cara melembutkan spageti mee:

  1. Basuh spageti dengan air.
  2. Masukkan dalam periuk yang berisi air (lebih kurang separuh penuh atau setakat yang dirasakan cukup untuk jumlah mee spageti tadi)
  3. Masukkan sedikit minyak zaitun / butter /marjerin – untuk menjadikan mee dari melekat dan kelihatan cantik.
  4. Kalau nak masin, boleh tambah SEDIKIT garam.
  5. Renihkan sehingga lebih kurang 10 minit, atau sehingga lembut yang dikehendaki.
  6. Angkat dan Toskan.

Bahan-bahan untuk Sos Spageti (Untuk 4 orang)

Tomato Puri - 2 tin sederhana
Bawang putih (didadu halus) - 2 ulas
Daging kisar (udang/ayam) - 300g
Cendawan butang (didadu) - 200g
Gula - 1 1/2 sudu besar
Garam - secukup rasa
Spageti spice - secukup rasa
Lada Hitam - secukup rasa
Minyak zaitun (marjerin/butter) - sedikit
Serbuk Cili kering (pilihan jika mahu pedas)

Cara menyediakan dan bahan-bahan SOS Spageti:

  1. Masukkan semua bahan
  2. Renihkan sehingga masak.

Alhamdulillah...menjadi jugak spageti nie...hubby aku makan sgt2 berselera...siap pesan lagik suruh masak utk next time..InsyaAllah..akan ada kali kedua dan seterusnya...mudah tapi berbaloi-baloi....:)))

Wa..aku ingat citer2 mistik nie dalam TV jer...rupa-rupanya citer2 tue dekat jer dengan kehidupan aku...Semuanya bermula bila mana KTM Berhad mengambil alih tanah2 orang kg termasukla tanah yang diduduki oleh kakak aku...Kalo aku fikir2kan semula macam aku tak percaya jer...tapi itulah kenyataannya..

Proses pengambilalihan oleh KTMB dimulakan dengan pembayaran gantirugi kepada semua pemilik tanah + rumah di kawasan2 yang terlibat dengan projek komuter KL - Utara...Tanah kakak atau lebih tepat abg ipar aku pon terlibat jugak...kesian jugak bila aku tgk mereka kene berpindah dan memulakan pembinaan rumah baru..tapi apakan daya..nak menolak siapala mereka utk melawan kehendak government!!!...so..ikut ajer la...

KTMB mulakan projek dengan meng'scan' tanah2 utk memantau struktur tanah...scan punyer scan..terbongkar misteri yang x pernah diketahui oleh penduduk tempatan selama ini..rupa2nya di bawah tanah jiran sebelah rumah kakak aku terletak 10 buah kubur lama!!!!...jadi usaha2 memindahkan kubur2 itu terpaksa dijalankan..nak dijadikan cerita proses pemindahan tersebut dijalankan pada siang hari...

kawasan rumah tersebut hanya terletak dalam lingkungan 30m sahaja dari rumah kakak aku..semasa proses tersebut dijalankan kebetulan kakak aku pulang ke rumah..dia dapat menyaksikan 6 bungkusan kain putih yang diletakkan di atas meja..bersedia untuk dipindahkan!!!!...

Kecoh seketika penduduk tempatan..yerla...selama nie xde siapa pun yang tahu menahu tentang kewujudan kubur2 tersebut...dipercayai kepunyaan perintis2 yang bertanggungjawab membuka kg tersebut...erm...misteri...misteri...even setiap kali aku terkenangkan citer nie, aku sendiri macam x percaya jer...:)

Terubat Rindu

Pulang ke kg sempena majlis berkhatan anak sedara baru2 ini membuka ruang utk aku berborak santai ngan adik beradik yang lain. Sebenarnya, memang aku dh lama rindukan saat nie..Selalunya situasi ini aku rasa bila aku pulang ke kg hubby. Tapi keadaannya x sama. Mudah saja..sebab aku hanya ipar..bukan sedara kandung..akan ada byk kontrasnyer...

Walaupun waktu yang ada sangat terhad sebab masing2 sibuk dengan kerja2 persiapan, namun aku gunakan kesempatan yang ada untuk meluangkan sebaik mungkin...baru aku perasan lama sudah masa berlalu baru di kesempatan ini kami adik beradik bole berkumpul...:)))

Perasaan aku???...tak terucap gembiranya...Alhamdulillah...biar masing2 banyak pincang jika dibandingkan dengan keluarga2 lain, namun x dapat dinafikan aku rindukan detik kami berkumpul begini....

Penatnyer...Tapi Puas...

18th December 2009 aku pulang ke kampung bersama hubby ngan anak2 utk memenuhi jemputan majlis berkhatan pada 19th December 2009 yang dibuat oleh kakak aku bertempat di rumah mak ayah aku..bernombor 58, Jalan Masjid...(wah..wah..wah...siap address sekali daaa...bukan hape..baru jer dapat setelah posmen bersama JKKK kg bermesyuarat sebab mendatangkan kesukaran untuk proses mailing...terutamanya di kalangn posmen2 baru...)

aku dimaklumkan aktiviti memasak akan dibuat secara gotong-royong..maka sudah jelas pada gambaran aku yang tidak dapat dinafikan lagik sesungguhnya semua yang terlibat akan memerahkan tenaga meraikan majlis ini...dan hasilnya nanti..penat seeehhhh.....tapi aku percaya seronok...beronok-ronok.....

aku sampai rumah kg jam 11.00 malam...aktiviti di rumah dh sampai ke penghujung..semua prepare nak masuk tdo sudah..sebab preparation pagi esok yg kene memulakan kerja awal2 pagi....so...aku settlekan anak2...dan aku pon lelapkan mata

tepat jam 6.00 pagi terdengar la suara ayah mengejutkan anak2...keras dh suara tuanya..sah dia marah sebab anak2 dia berlingkar lagik bawah selimut...aku bingkas terus menjenguk ke dapur utk melihat2 apa yg aku bole start dulu...xperlu solat subuh..sebab aku dlm keadaan yang DIHARAMKAN....hehehehe...biasa arr pompuan...

Setelah bertanyakan pada PIC (Person-In-Charge la tue....) yang merangkap kakak kedua aku...so aku ditugaskan utk memasak bihun singapore bersama2 ngan adik aku...oh...xde hal punyer..sebab aku dh pernah wat dah....:))) so..aku terus memantau bahan2 yang diperlukan...adush...byknyer yang xde...huhuhu...macam mana nie...naseb baik berpegang kepada prinsip kita wat dia...so..belasah la mana yg ada...terus ligat jer aku ngan adik aku menyelesaikan tugasan yg diberi..Alhamdulillah...menjadi...hehehehe...nie la pengalaman kedua aku memasak makanan dlm kuantiti yg banyak utk dijamukan kepada orang luar plak tue...first aritu...masak sayur paprik..masa majlis akad nikah adik aku tahun 2005...hehehehe....

ari semakin cerah..keje aku x berhenti disitu sahaja...aku menjengah keje2 luar...melihatkan keadaan di bawah khemah dengan kerusi meja yg masih berlipat..maknanya..itulah tugasan seterusnya..itulah aku..kalo keje2 fizikal..serah ajer pada aku..kalo keje2 yg melibatkan keje dapur nie..aku selalunya byk mengelak...takut sebenarnya...takut x menjadi...kalo dan2 tue nak menanya...maunya menambah beban pada orang lain yg sedia kelam kelibut...so...aku kumpulkan anak2 sedara yg dh bole diharap...terus aku menyusun apa yg patut..dlm pda masih berkira2 nak mengatu pelan dlm kepala..terpandang aku pada hubby yg tengah terkial2 membasuh kawah2...alahai kesian plak aku..aku stop dulu keje2 bawah khemah..terus aku menolong menyelesaikan kawah2 tue bersama.....itu pon antara duti2 rasmi aku waktu dulu2....

masa merangkak...sekarang giliran anak2 aku utk disiapkan...nasib baik anak2 x byk ragam..so bole la aku bingkas...selesai anak2 aku uruskan diri sendiri...melihatkan matahari yg kian terik..baru aku perasan yang jam sudah 10.30pagi..patut la perut dh menjerit2 minta dipenuhkan...tapi rasanya nasi xmasak lagik..nasib baik adik aku bawakan sepinggan bihun singapore 'O' lebihan tadi...Alhamdulillah...janji bole diamkan sekejap perut nie...

jam 11 lebih kurang tetamu mula beransur ramai...makan telah siap dihidang...tetamu mula menjamu selera...Opsss!!!...alamak terlupa plak...yg aku cerita tadi semua agenda aku...walhal..dari pagi dh ada aktiviti khatam Al-Quran dan tarik buaian anak2 sedara aku....hehehehe...biasa arr...kepala byk pusing...:)))

jam 2 lebih...semua hampir selesai...tinggal family terdekat berkumpul ramai2 bawah khemah melepaskan lelah..setelah penat melayan tetamu. kulihat...berpeluh-peluh hubby aku..siap basah baju yg dipakai sebab kehulu hilir memantau aktiviti di bawah khemah...hehehehe...xpela..sekali sekala....tinggal abg dan abg2 ipar aku yg tengah sibuk dok membasuh pinggan mangkuk...ahhh!!!!...biarkan mereka..sebab inilah pertama kalinya aku tengok mereka beria2..pengalaman aku terdahulu..selalunya mereka2 nie dok rileks jer..lepas tangan...siap aku perli gak...bukan selalu dapat ragging diorng....:)

menjelang petang..aku ngan adik2 aku yang perempuan menyambung menyelesaikan pinggan mangkuk kotor yng masih berbaki...rintik semakin kasar..basah dh belakang baju aku...huhuhu... ingat nak biar jer...tapi kesian plak..so..aku settlekan sampai siap..takpe..team-mate best!!!!

Selesai semua..barula terasa badan sengal2..biasalah..badan dh tua...keje lebih mulala nak jem...huhuhu...tapi bile dikenang sepanjang majlis...suka aku...paling best bila dapat jumpa cikgu sekolah rendah aku...Cikgu Zainal..dia macam yg aku kenal..tapi sebagai bekas anak murid dia..aku bangga dan aku appriaciate semua jasa dia pada aku...dia antara penyebab aku jadi apa yg aku ada sekarang..

Jam 10.00mlm aku bergerak pulang ke rumah aku..mak ada gak nak tahan utk aku balik esok paginya..maksudnya pagi ini la..tapi sebab aku bergerak ngan adik2 aku sekali..confident ckit...sebab bole borak...12.30mlm..aku sampai rumah...si bongsu aku plak terjaga..aduhai...susah nie...lepas bersiap apa yg patut..aku masuk bilik utk melelapkan mata..tapi si kecik tue nampak aktif semacam...aku try guna petua..wat x tau jer..last2...aku yg ZzzZZzZzzzzzZZzzzzzZzzZZzzzzZZzzz.......

terbangun jam 4.00pagi...kelam kabut aku dibuatnya...mana plak la si kecik nie...????!!!!..perut aku dh kecut....rupanya..elok jer dia lena kat bawah ketiak abah dia..la...naik katil sendiri yer...sampai ati tinggalkan ibu tdo sengsorang...itula dianya....:)))

Bangun pagi..macam aku kata arr....penat sgt2...nie pinggang sebelah kanan pon sengal semacam jer...tapi aku seronok....dh lama x rasa suasana nie...sesekali...memang best!!!!!!


Lagu: Audi Mok
Lirik: Habsah Hassan


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Ntah ngape sejak dua menjak nie aku kebosanan plak sebab asyik beno rasanya aku dengar lagu yg sama bila incoming call...so, kepala aku nie dok ligat la mencari lagu2 yang kurasakan bole dijadikan sebagai ringtone...tapi kriteria yg aku tetapkan kali ini..biarla lagu tue aku jer yg pakai...alasannya mudah...dengar jer aku tau tue confirm handset aku..x payah nak confuse aku..xkan ada orang lain yg pakai punyer...


Jadi lagu popular masa kini terpaksa di'reject' awal2 lagik daripada list..yerla..kebiasaannya yg terkini2 nie ramaila yang nak pakai kan???...so..maksudnya aku kene cari sesuatu yang pelik..tapi happening pada aku....hehehe...


pikir punye pikir...ntah nape satu lagu hindi favorite ayah aku terlintas...tajuknya Laila O Laila...soundtrack filem lama..tajuk filemnya daripada research (wah..cam nak wat tesis plak...ber'research'2 lagik....) yg dibuat Qurbani...


tapi x le cari yg old version...aku cari yg telah di'remix'...aku cut bahagian yg paling happening ...guna program MP3 cutter...mudah jer nak buat...pastu bila aku review for so many times....hasilnya....very interesting....hehehehe...nie kalo phone aku nie berbunyi depan ayah aku confirm dia sengih memanjang....hehehehe...cam aku la..bila setiap kali h/phone aku berbunyi...aku confirm sengih punyer.....muahahahaha....mulanya malu la jugak...tapi pastu..gasak ajer la...bukan kena saman pon....


tak cukup dengan ringtone...sms tones pon aku set lagu hindi gak..tapi kali nie latest version..dari filem 'kaminey'....ops!!!!!...bukan nak maki sesapa..tapi inilah tajuk sebenarnya..kalo dialih bahasa..maksudnya...'celaka @ binatang'..camtue arr!!!!!...my girl suka lagu nie..espacially...bila tengok clip video shahid kapoor menari...dia pon sibuk la menari sekali...:)))


itula..alkisah ringtone h/phone aku sekarang...janji...aku ENJOY....!!!!!!


Rentetan hari Selasa yang sangat memenatkan....sebab hampir 13jam berada di luar...makanya bangun jer pagi kepala rasa tersangat la berat...nak bukak mata pon x larat...mata dan telinga sebelah kanan terasa sakit...sah...migrain aku datang kembali....

nak x nak nampak gayanya terpaksala aku ke klinik pagi nie...dapatkan ubat migrain..rasanya dh lama sangat x migrain sebegini...berdasarkan rekod doctor pon dia perasan yang aku dh lama x diserang migrain...bagaimanapon sebagai prosedur biasa semua ujian rutin dibuat ke atas ku...check BP, temperature dan nadi...semua dalam keadaan yang normal...Alhamdulillah...

Sebenarnya aku x terkejut pon kalo migrain nie datang menyerang...semuanya berpunca dari aku yang ter'pressure' akibat daripada exam PTK semalam, badan yang tak cukup rehat dan masalah 'wanita'...ngeeee......

Regarding on that condition, doctor kasi aku MC Leave....pada mulanya aku rasa nak berehat-rehat kat rumah sahaja...namun disebabkan kebosanan yang melampau..ku gagahi jugak untuk menemankan hubby aku kat kedainya...

Setelah makan ubat ubat yang dibekalkan doctor, terus migrain ku hilang...sedar x sedar...pukul 6 baru aku bergerak dari kedai hubby aku...erk!!!!...cam balik keje plak...xpela...yg penting arini aku dh sihat sepenuhnya.....

Pada awal-awal lagik aku memang x berapa pasti untuk menghadirkan diri ke PTK kali ini...tapi di atas suggestion kengkawan..aku pon mendaftarkan diri...walaupun dengan separuh kerelaan..dan paling utama dengan di atas keyakinan bahawa PTK kali ini masih berpegang kepada format asalnya...


dari tarikh pendaftaran aku dimaklumkan bahawa exam dijadualkan pada 8/12/2009..aku sedar hakikat daripada tarikh aku mendaftarkan diri yang PTK kali ini merupakan peluang terakhir untuk aku mencari jln mudah dalam kenaikan tangga gaji jawatan aku....namun atas kekangan tugas..aku masih tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian pada ulangkaji PTK...aku cuma berharap hjg November hinggalah ke tarikh exam ditetapkan aku bole mencari ruang untuk study...dengan harapan bilamana semua pelajar dh balik ke kg maka kuranglah beban kerja...

namun..semuanya tidak begitu...dari hari ke hari ada saja kerja2 pengurusan yang perlu aku selesaikan...payah memang payah..tapi apakan daya...dalam tempoh lebih kurang seminggu sebelum 8/12/2009 aku membuka website PTK semula untuk mencetak slip exam..alangkah terkejut nya aku bilamana terpapar pada slip yang mewajibkan aku untuk melengkapkan 4 item..iaitu selain soalan objektif bagi khusus dan umum...ada disampingnya tugasan dan persembahan..tarikh exam pon telah diubah kepada 15/12/2009...

kawan yang mulanya bersemangat terpaksa menarik diri sebab pada tarikh tersebut dia bercuti...adush!!!!...terkontang kanting seketika...tapi apakan daya...nak x nak kene juga aku tempuhi...

bila sampai ke tarikh yang dijanjikan..iaitu semalam..aku pon rasa diri 80% bersedia menghadapi segalanya...tapi malang nasib aku dan kengkawan bialamana pengurusan exam yang kononnya dinaiktaraf dari sebelum ini dilaksanakan dengan cara yang aku dapati sgt tidak valid...

Komponen persembahan dibuat disebelah petang...2.00-4.30..kononnya...dan setiap calon diberikan masa selama 15 min untuk persembahan dan sesi soal jawab...aku andaikan yang akan terdapat beberapa kumpulan penilai...tapi alangkah terperanjatnya aku bila mana aku dimaklumkan bahawa hanya terdapat 2 kumpulan penilai sahaja...manakala calon yang hadir seramai 28 orang...jadi maknanya...manamungkin dapat menyelesaikan 14 orang calon dalam masa 2 jam 30 minit yang diperuntukkan....

aku diberikan giliran yang ke-10...masa berlalu...lesu telah menguasai diri..paling demotivated bila penyelarasnya sendiri mengakui perlaksanaan ini sekadar memenuhi syarat...atau dengan kata lain...Format baru ini sekadar eksperimen untuk menilai sejauh mana keberkesanannya...dan secara x langsung...kami..calon2 yang hadir merupakan bahan specimen yang menjadi ujian bagi memenuhi karenah birokrasi yang bermacam ragam....

entah bagaimana nasib kami...aku sendiri tidak pasti...tidak ada agik jalan pintas yang 'telus' utk kenaikkan pangkat bagi aku..yg tinggal...jalan yg 'tersangat' pintas...berbekalkan kegigihan utk mengipas...mengampu..meng'aircond'...pihak atasan....adakah aku sanggup????...buat masa nie tidak pernah terlintas lagik utk aku menggunakan talian hayat nie....

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.


“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.


Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.



PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.


Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.


NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.


Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.


Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?


NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.


TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN


Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Dipetik dari:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

Novel...

Aku memang suka membaca novel..genre...kalo masa kecik2 novel penyiasatan arr..siri salma, tiga sekawan, hardy boy @ siri hadi, dan Nancy Drew. Boleh dikatakan hampir semua terbitan bagi siri2 yang aku sebutkan di atas aku dh khatam..tapi terhad kepada yang disediakan di perpustakaan sekolah rendah aku..yerla..nak meminjam kat library awam jauh sangat..ntah bila masanya aku nak pergi...aku yang masih bersekolah rendah memang x mendapat keizinan mak bapak aku untuk pergi ke town sesuka ati..

Kemudiannya aku beralih berjinak2 pula dengan novel2 bercorak kehidupan...memang layan..baru aku perasan aku quite passion dengan membaca novel nie..aku jadikan bacaan novel utk mengasah bakat dalam penulisan karangan terutamanya bahasa melayu..

Bergerak ke sekolah menengah rendah aku kemudian meluaskan bacaan novel dlm genre2 cinta..biasa arr jiwa remaja. cerita2 begitu memang mudah utk dijiwai..hehehe..kemudiannya aku luaskan kepada cerita2 sains fiksyen dan patriotik...pernah mak aku marah giler pada sebab concentrate sgt membaca novel..aku x bole stop selagi x sampai ke penghujung..minat aku mendalam sgt pada novel. Pernah aku berhasrat nak mencipta novel sendiri..tapi ntah bila baru kesampaian...angan2 mat jenin jer la...

Sehingga kini...minat aku pada bacaan novel memang xpernah berkurang..tapi semenjak aku berumahtangga aku terpaksa kurangkan hobi membaca novel sebab harus memberikan focus sepenuhnya pada rumahtangga...nak2 bila hubby aku sendiri pernah menegur jadi aku terpaksa mengurangkan sepenuhnya...tapi lately nie hubby aku memberikan kebenaran utk aku membaca semula selepas aku memberikan alasan dengan membaca novel ia merupakan terapi utk aku bagi mengurangkan stress melayan karenah anak2...

Anyway..memang x dapat dinafikan membaca novel merupakan hobi aku sepanjang zaman...:)
Paling lama kekal...yang lain tue adalah utk jangka masa pendek pastu hangin....:)))

Minggu yang panjang...

Huhuhu...a few days dh skip nak menjengok laman nie...bkn makin melupakan...tapi macam kat tajuk entry tue...minggu ini minggu yg tersangat la panjang utk aku....

Bermula hjg minggu lepas macam dh dh aku brief dlm entry sebelum nie...kedua2 anak aku tue x sihat...so aku xde masa nak mencelah masuk utk menulis kat blog nie...rasanya kejam beno kalo aku dok menghadap PC walhal anak2 aku dok merengek nak dok atas riba...so..kene la postpone niat tue dulu...

Awal minggu hingga ke khamis aku busy ngan keje2 opisz...keje2 'hakiki'...teringat kat mantan pengarah bila guna perkataan hakiki nie...walaupun dulu word nie trauma..tapi kini word nie aku rindu...dinamik aku bekerja ngan perkataan nie..tapi kini kalo x kene ketuk rasanya macam siput...demotivate sungguh...nasibla produk2 kat opisz aku nie ada...diorang2 nie la yang sesekali sekala membuatkan aku bergerak...nak jadik bagus..walaupun xdela bagus mana..tapi di mata mereka semua aku kene bagus...:))

So..dengan semua kegawatan tersebut telah membantutkan aku utk aku menjengok dan melakar laman nie..dan selepas nie..aku busy ngan evaluation produk2 aku nie..xpe..bila aku x berapa nak busy aku singgah...:)

Singgah sebentar...

Lama rasanya x singgah ke laman nie...dari weekend aritu...huhuhu...bkn x ingat, tapi keadaan kurang mengizinkan...Meh nak citer ckit nape yg menyebabkan aku x berkesempatan...

Weekend lalu..my little prince n princess x sehat...need fully attention..so dh tentu arr xde masa nak menyinggah ke sini...details akan diceritakan kemudian hari ckit yer...

Pastu starting monday till thursday ada final practical examination..Isnin dan selasa saja...sampai umah kul 7.00mlm...arini InsyaAllah cepat ckit kot...sebab abis practical awai ckit...huhuhu...

Penat????...usah ditanya...memang tahap gaban...tapi kene bertahan sebab balik umah nak melayan karenah anak2 yg x fully recover lagik tue...

Tapi pe2pon...aku berterima kasih kat hubby sebab concern dan membantu apa yg patut...:)))

Anak-anak ku (Part 2)

Mesti tertanya-tanya nape kalo tajuk anak2 jer aku bahagikan kepada part2...nak wat camne, banyak modal yg nak diceritakan...nie kalo bagi 24jam pon x abis2...ngeee...

Okla...kali nie aku nak bercerita tentang pemakanan anak2 aku tue...dua2 ada selera memasing..tapi aku bole katakan...syukur..dua2 xle banyak songeh sangat...bukan nak mengangkat tapi sekadar seorang ibu yg nak memuji kelebihan anak mengikut kaca mata aku sendiri...:)

Kakak...
Kalo dilihat dari saiz fizikal, memang orang akan bajet dia bersemangat bab2 makan nie...hakikatnya memang x bersemangat...kalo makanan berat cukup sekadar nasi kosong ngan telur goreng...confirm abis kecuali putih telur..tapi amaun nasi adalah saiz piring. Makanan favorite dia yg lain termasuk biskut chipsmore (kacang hazel pakaging warna hijau), coklat cadbury, Mr. Potatos, dan fries...tue menu kat umah aku...kalo umah pengasuh macam2 ckit..sebab dia bersemangat bila berebut...menu dia mudah jer...tapi aku tau x berapa baik utk kesihatan dia sebab x seimbang. Bab sayuran atau buah2an memang worst sgt...xde satu pon dari jenis2 tue yg dia suka...but by time hopefully dia akan makan jugak mende2 tue...Bab coklat...jgn la minta dikongsi...memang x dapat...kalo dapat pon wat lekat celah gigi...dari info yg aku baca dan makluman org cadbury bagus utk perkembangan minda..so aku harapkan berbaloi2 sebabnya..kdg2 kopak gak nak beli utk dia cadbury (roast almond) tue utk dia...tapi aku nie kalo bab makanan memang aku mengalah nyer...mgkn jugak masa aku kecik2 aku memang x merasa mende2 tue..dh bergaji barula aku bebas nak dapatkan apa yg aku nak...:)

Adik...
Berbeza ngan kakak, dari segi fizikal adik lebih kecil dan memang kategori kecik pon...tapi kecik2 cili padi..laju tue..x terkejar kdg2 dibuatnya..mgkn sebab dia sgt aktif itu yg dia kecik...nasi???..out off his menu..kalo masukan sebiji pon pasti diluahkan semula...tapi dia paling suka roti...bagila roti apa pon memang laju...kuih muih bergoreng yg x pedas dan bun memang favorite die...paling selalu twiggies coklat...satu sekali hadap..tue tara badan kecik tue...

Susu Dutch Lady 123 Madu
Haaa...susu nie memang susu rutin anak2 aku tue...sekali bancuh skrg 210ml bersamaan 7 scoop bagi setiap sorang. sehari???kalo kat umah aku dari lepas opis hour sampai pagi sebelum ke umah pengasuh...adik dalam 3-4 kali...kakak plak...4-5 kali...itu bermaksud sekampit dgn kandungan berat bersih 1kg hanya bertahan selama 3-5 ari sahaja bergantung kepada kekerapan diorang dua minum susu...dalam sebulan aku perlukan lebih kurang dlm 10 pack..kalo beli kat tesco harganya lebih kurang RM 21.98 - 22.98/ pack...kalo beli kat kedai kat daerah aku nie..murah ckit dlm RM 19.50/pack...tapi kalo ongkos tunai aku kurang terpaksa gak beli di tesco...guna kredit kad...kalo ongkos berlebihan..makanya aku beli kat kedai daerah aku jer..murah ckit...anyway..aku tulis nie bkn nak merungut..sekadar nukilan aku...aku tau kalo hubby aku baca nie mesti dia tersengihnya...tapi alhamdulillah...jarang sangat susu2 dibazirkan..selalunya sekali dia menyusu..sampai licin....hehehehe...kecuali waktu2 dimana mereka tdk sihat...time tue berkecuali la....:))))))

Politik dalaman...

Gempaknya tajuk...hehehe..jgn risau..nie sumer citer2 kat opis haku nie ha...kelaka pon ada..tension pon ada..tapi yg pasti mende nie harus diperbetulkan..oleh sape????oleh sumer pihak...


Gara2 pemantauan kualiti akhirnya mende2 yg dikepung terlepas gak...kelaka tul kalo difikir2kan. mau xnyer..semua pihak x puas ati ngan pihak lain...hehehe...semua ada citer yg x best tentang pihak yang lain tue..camne la nak idup..apatah lagik nak success...???

xtau dimana letaknya kelemahan tersebut...tapi aku strongly believe semua itu datangnya dari kelemahan pihak pengurusan...bkn nak menunding jari..tapi pengiraan mudah...berbalik kepada senario di rumah...kalo mak ayah huru hara...agak2nya anak2 camne yer???...ha camtue la kat opis aku nie...

Berikut antara hasil 'wraping' dari pihak yg menilai..
Penilaian di tahap baik...milik pihak akademik...
Penilaian tahap sederhana..pengurusan.
Keseluruhannya, academic mendahului administration...dari 3 pihak yg menilai iaitu academic staff, non-academic staff dan students...

Aku x amik port sgt ranking2 nie..tapi yg penting semua dapat advantage secara uniform...jgn ada bias atau prejudice kat mana2...skrg nmpk dan terang sgt berat sebelahnya...tak tau dimana silapnya..tapi non-academic staff dilayan jauh lebih baik dari academic staff...it's very unfair...ermm..nie la dunia..susah sgt nak cari "FAIR"...

Anyway...besar harapan agar terdapat penambahbaikan secara berterusan dari semua pihak...semoga segala keretakan dan all those 'FAKE' dapat dihapuskan sama sekali...bkn apa pun demi kemajuan dan pembangunan bersama....:)))

Adakalanya bila aku nak kejar masa dan adahal..so aku akan turun ke surau tmpat keje awal ckit...maknanya..memungkinkan aku utk bertemu ngan opismate yg lain arr...ada baiknya gitu...yerla masa bekerja mana ada masa nak kumpul..dh la opis lain2...so kesempatan kat surau je nie antara tmpat kami nak bertegur sapa selain dari cafe...

Tapi...aku sebenarnya x berapa berkenan nak turun awal...sebabnya...bila ramai perempuan berkumpul makanya agenda yg nie memang xleh nak elak...wat 'ketupat'...ckit2 xpe arr..tapi kalo dh worst aku rasa x senang...paling x tahan bila mana mendengar diorang citer tentang somebody yg aku kenal sgt...nak ditegur...errrr....xnak arr aku...mau aku plak yg kene..so apa yg aku leh wat...diam aje arr...

Tapi tue la manusia...bijaksana...tapi sebab marah...emosi..hilang segala hemah...masing2 berlumba2 nak take part...nak tambah saham...kalo baik...alhamdulillah..kalo sebaliknya...sendiri yg susah...

Datang opis semalam macam biasa arr...terus on komputer...tapi ditunggu a few minutes x jugak hidup2..try restart...macam tue jugak..try a few times lagik...bole idup..tapi mouse plak xnak gerak...sakit betul la..nak marah..tapi nak wat camne...nie mesti dihinggap oleh virus..menyebabkan viral infection...huhuhu...xkisah arr kalo infection ker..apa ker...tapi jgn berlanjutan sudah...sebab aku dh la xde laptop...desktop tambahan pun xde...huhuhu...

dh report...techniciannya pon dh datang..tapi mcm x okay jer...arini aku wat laporan bertulis..moga2 mendapat perhatian dengan kadar yg segera....tolongggggglaaa....

Spoil betui arr minah nie...terus terganggu mood aku pepagi nie..walhal aku dtg punyer arr bersemangat...nak tau nape..nie aku citer kat bawah nie...

Arini ada monthly assembly...kalo dh nama monthly assembly..vanue mesti arr kat dewan besar..aku dari punch card terus menapak ke dewan...bersama2 ngan opismate aku...cam biasa kami sampai kerusi masih byk kosong..so tanpa byk citer kami spot pada port biasa arr...tapi since assembly nie agak special ckit..bersama2 ngan wakil UNQ...so bagi menjaga imej..kami diarahkan utk memenuhkan ruangan hadapan terlebih dahulu...dok depan adalah perkara yg x pernah aku ngan opismate aku wat...tapi bagi menunjukkan komitmen...aku org pertama yg beralah..sebelum diikuti oleh opismate yg lain...

Semua berjalan lancar..sampai la minah nie dok barisan depan aku..aku x kisah pon..x menjejaskan apa2..since xde mende yg mengganggu pon...namun disebabkan oleh masa perhimpunan yg lebih lama dari biasa dan kualiti speaker yg kurang memuaskan..mende2 tue menjadi faktor menjejaskan tumpuan aku dan opismate..so kami bukak citer kat belakang..bercakap tentang isu semasa dan diselitkan dengan citer bab anak...

Sedang dok bercerita tue minah nie berpaling...sambil menjegilkan mata yg sedia bulat tue..dia mengeluarkan ayat gini..."Woi!!!!diam arr...orang nak dgr depan nie ha...."...terkaku gak aku...bukan sebab aku takut...tapi aku rasa menyirap darah kat muka aku nie ha...nak kata x kenal..kenal sesangat...xleh nak panggil nama ke????aku admit silap aku...tapi x perlu nak JERKAH aku mcm aku nie budak kecik...atau student dia....xde ke bahasa yg lebih baik nak ckp....aku rasa badan aku menggigil teruk sgt...sebab menahan amarah...tapi aku ngan opismate aku xplak mendiamkan diri...terus jer sambung borak...wat selamba....wat cam xde hal..tapi aku agak malu...sebab belakang aku ada ramai opismate lelaki lain...

kalo dikirakan nie bkn pertama kali kes aku ngan dia...tapi ini paling worst arr...sebab selamba jer jerkah...paling x tahan dgn bahasa yg tersangat la indah plak tue...namun aku selalu bertahan...mcm tadi arr...aku bertahan....abis perhimpunan rasanya nak jer aku face to face...tapi bercakap ngan orang perasan bagus nie payah....aku sendiri admit dia byk kelebihan berbanding aku...aku cukup respek...tapi dia dh melampau..so many times underestimate aku....sebab apa...aku pon xtau...

aku tak tau esok mcm mana...tapi yg pasti aku x mampu nak pandang muka dia pon...xpela..manusia hebat mcm dia jauh level nya ngan aku...cuma aku confuse...patutnya ngan bertambahnya level of education..maka evaluation akan jadik lebih baik...tapi x tau la plak bersama2 tue dia bawak sekali ego sekeras batu kat cni atas kepala dia..sampai semudah itu nak menjerkah orang x tentu pasal!!!!!!!!! apa punyer manuasia arr!!!!!!

Tadi ada slot antara wakil UNQ bersama pensyarah, staf dan pelajar..secara berasingan..setiap pensyarah diedarkan dgn helaian soalan kaji selidik tentang pengurusan tertinggi organisasi kami..byk soalan dlm helaian tersebut...kami diminta utk merankingkan dari nilaian 1-5 bagi setiap soalan tersebut...sebenarnya mende nie kerja mudah...tapi aku kene akui susah betui utk aku menjawab setiap soalan tersebut...mende nie berlaku berikutan conflict antara 'to be honest' dan kepentingan organisasi...
aku tau ramai yg menggunakan kesempatan nie utk melepaskan segala keluh resah tentang pengurusan..biasa arr...peluang gini bknn
ya datang selalu..nie pon adala utk tahun nie...silap2 kalo berlaku kontroversi berikutan keputusan semasa...maunya ditarik semula utk tahun mendatang....hehehehehtapi aku harap sgt mende nie tidak akan memberikan kesan kurang baik kepada organisasi keseluruhannya...

UNQ punyer hal...

Aku dh nekad..utk sem nie memang aku xmau siapkan fail modul aku...bukan sebab aku malas tapi disebabkan aku tau yg next semester fail contents fail tersebut akan completely changed for next session..so..aku rasa xperlu utk aku membazirkan masa, tenaga, kertas, toner dsbnya utk mende yg aku tau tidak akan digunapakai lagik...

Namun...email yg aku terima dalam ari rabu yg lepas betui2 wat aku serabut...serabutnya aku sampaila aku x sempat nak nyinggah langsung kat laman nie..amanat dari boss; dia nak anak2 buahnya siapkan jugak fail modul tersebut utk semakan ari UNQ...

Berbaranya rasa...bkn marahkan dia pon..tapi keadaan..paling x tahan kehadiran UNQ ini bertujuan utk meletakkan ranking saja...mak aiii...RANKING jer beb!!!!...tapi preparation mengalahkan nak kene audit...sakit tul la....ikutkan ati gasak pi la...biar x siap...sebab kalo siap pon ternyata 50% kandungan fail tersebut ada 'fake'...aku dh x mampu nak menipu dh..itu yg aku nekad xmau buat tue...hakikat yg aku paling sedar..dlm kes penipuan nie..kalo la dikesan..memang kepincangan datangnya dari AKU 100%...

Walhal..hakikat sebenar yg xde hitam putihnya...kalo letak expert mana sekali pon..sure sakit pala punya..nak mewujudkan mende yg sedia NOT VALID at all...apa punyer kes da...sebab itula satu hari tue aku selamba jer berterus terang ngan boss aku yg aku xmau conduct modul nie sekiranya penilaian masih berada ditakuk lama...alasan yg paling jujur...aku dh xde daya nak men'dinamik'kan sistem pengurusannya..sebab aku xleh nak coop ngan permintaan yg x masuk akal tue...aku kata...mgkn ada orang lain yg lebih berkelayakkan utk handle this case...

Erm...panjangkan sebabnya...hehehehe...walaubagaimanpun..menjelang 4.30ptg jumaat lalu..aku berjaya menyiapkan fail tersebut dgn sepenuh kudratku...atas alasan klausa berikut:

"Menerima arahan dari pihak pengurusan"

Klausa ini termaktub dlm penilaian SKT...so..It's a part of my job....itula lumrahnya bila kita makan gaji...wassalam...

I'm back....

Baru arini aku berkesempatan nak menjengah ke laman nie...ngeee..busy beb!!!!byk hal kat opis..lagik masa kat opis kene wat keje opis..bkn keje gini!!!!opss!!!!..terpoyo plak....hehehehe...
yg sebenarnya memang aku busy tahap x hengat..mau xnyer..xpernah2 aku stay up..sekali stayed up sebab nak settle keje2 opis kat umah...itu satu keadaan yg jarang2 berlaku...hehehe..bkn apa..aku dh wat satu prinsip..kalo aku balik umah..kalo bole aku nak elakkan dari wat mengangkut keje2 opis ke umah..mau membara hubby aku..lagik satu...anak2 aku yg berdua tue perlukan perhatian aku sepenuhnya..yerla..kecik sgt lagik...nanti kalo aku terlampau busy..nanti terlampau jauh plak aku tinggalkan utk mengikuti perkembangan dua beradik tue...

So..arini agak free...anak2 bole bagi kerjasama..so aku try utk post seberapa byk citer yg mgkn...sebab dlm kepala nie byk sgt citer sepanjang 2~3 ari nie..tinggal jari nak deliver jer...so till here...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!..nak pi solat..kalo lagik berlama..maunyer hangin jer...hehehehe....

Senaknya...huhuhu...

Lately nie aku busy sgt..byk sgt keje kat opis..hinggakan adakalanya terpaksa gak aku bawak sebahagian kerja tue balik ke rumah..dengan harapan ada ruang utk siapkan kat rumah..tapi..tau jer la sebab anak2 aku tue aktif sgt..kalo blom kul 10.30mlm jgn harap arr nak lelap..jadi pe2pon kul 11.00mlm baru la merangkak-rangkak aku nak buat..masa tue pon mata dh mula mengantuk...kadang2 hangin jer...hehehehe...nak buat mcm mana gitulah jadual haku...

Erm..sampai pagi nie byk perbelanjaan personal dan rumah yg tak settle...serabutnya aku..tapi memang aku xde ruang nak settlekan...lagik satu sebab duitnya memang xde..mana nak korek ntah arr...xkan nak amik duit anak2..huhuhu...itu yg aku bertangguh nak wat payment..susah tul la...aku perlukan RM 1451 utk perbelanjaan tidak termasuk utilities (bil2..astro, letrik, tel dan sebagainya...)..dlm saving aku ada dlm RM1100.00 itupon kalo x kacau lagik...mak aiii...kacau..kacau....

Tapi mcm mana pon aku dh tinggalkan atm kad kat hubby..minta2 dia leh settlekan urusan sewa rumah..kete????kene turun bawah hjg minggu nie...xde bank berkenaan kat cni....perbelanjaan harian????...pikir nanti arr...yg penting susu ngan pampers anak masih banyak.....

reflek kepada nape aku agak panas balik dari opis semalam...semuanya gara2 kat umah pengasuh arr...

aku x berapa selesa ngan kakak kepada pengasuh anak2 aku nie...dia agak kuat merengus...aku dh lama explain pada pengasuh yg utk kebelakangan nie aku pulangku dari opis lewat...bkn secara sengaja..tapi dh memang jadual kerja gitu....

pengasuh aku really understanding..tapi yg kakak dia nie yg aku kurang berkenan...bknnya aku suruh dia jaga anak2 aku...tapi dia yg lebih sudu dari kuah plak...sakit betul la...cakap sinis jer...pengasuh aku sendiri x pernah merungut dia plak lebih2...

tapi apa bole buat...aku really desprate...gasak arr ko nak kata apa pon...aku x berkira pon bab payment...aku cuti seminggu pon aku bayar penuh...so kene la ada 'give and take'...hoping that everytime aku dtg amik anak2 dia xde kat rumah tue....ngeeeeee.....kalo x aku terpaksala berpura2 memaniskan muka walaupun dia kadang2 x pandang pon...errmmmm....

pulang dari opis agak lewat...pukul 7 baru sampai rumah...on driving back home si kakak dh merengek..nak coklat...adush...camne la nak singgah...lewat sgt dh nie..try gak dipujuk2..adik cool kat belakang...sampai garaj rumah...raungan makin menjadi..azan pon dh berkumandang...ati makin panas sebab si kakak x makan dek pujukan...biar arr...jap2 g okay la..masuk umah..keadaan agak kurang memuaskan...dh tau dh..kalo dibiarkan lama mau lagik pening kepala yg sedia pening nie...so nak x nak...gagahkan jugak mengemas apa yg patut...

teringat pada lebihan cadbury yg dok dlm freezer..nasib agak baik masih ada 1 bar...bole la bagi kakak senyap...terus mood kakak ceria bila cadbury tue sampai ke tgn dia...settle satu perkara...adik cam biasa...lasak tara dia arr...macam nak main...dlm aku mengemas..dia pon sebuk 'mengemas'...lagik panas arr kepala nengok..nak2 plak bila dia jatuhkan biskut chipsmore...rasa nak menjerit jer...sedar x sedar...aku 'pek' jugak kat lengannyer...aku x leh tahan arr...sebab aku penat sgt2...mula2 dia stay cool tapi bila aku voice out..tinggi ar jugak...terus nangis...itu pon ada la sekejap...

arrggghhh!!!!!..xleh jadik nie...aku kene mandi...bole sejuk badan...sejuk ati....selesai mandi badan pon rasa segar...kepala ada ckit ringan...baru aku teman dua beradik tue tgk TV...kesian pon ada aku tgk kedua2nya...kalo tanya sayang...memang aku sayang giler...tapi pulang dari kerja peak hours bg aku....letih badan...letih kepala...sabar memang sabar...tapi agak kurang dari biasa....

rasa terubat segala penat bila si adik trying so hard to entertain aku...hehehe...nak tau camne???aku pon secara x sengaja sebenarnya bertanyakan mende nie...siapa nak mandi????..terus si adik angkat tanya...so cute!!!!..dia paham dh sebenarnya...tapi kdg2 aku tgk dia agak nakal nak 'kena'kan ibu dia nie....huhuhu....

anyway...i love them both...buah ati aku...senyum diorang, gelak tawa diorang leh wat aku cool...:)))))

Ilang la plak...

adush...penat dh cari..dari punch in sampai lunch..tak jumpa2 jugak..dh jenuh cari dari dlm opis..kuar opis..sampai dlm alam maya..rasa betui2 cuti rehat nie..kepala agak serabut..mcm2 jadik..nerves jgn cakap arr...terkontang kanting dh rasanya...huhuhu...

Tuhan...moga segala apa yang terjadi ini adalah yg terbaik untuk hamba Mu ini..andai ini dugaan, maka aku mohon kepada Mu, Ya Allah...berikanlah aku kekuatan seutuh gunung agar aku tidak goyah walau ribut taufan melanda...

dan andai ini satu cabaran...maka Kau kukuhkan apa yg lintaskan dlm hati dan akal aku..agar aku kuat dan tekun merialisasikan gerak rasa yg Engkau kurniakan ini...

dan untuk segala-galanya...kau teguhkanlah iman ku dlm menghadapi ketentuanMu Ya Allah...

Sesungguhnya..hanya kepada Ya Allah tempat utk aku mendambakan segalanya...kerana hanya Engkau Yang Maha Mengetahui...dan hanya Engkau Yang Maha Berkuasa....amin...

Arini isnin..mcm biasa..pagi yg agak kelam kabut..mgkn rentetan semalam yg agak lewat sampai dari kampung antar mak balik..xpe arr..kalo bkn anak yg berjasa pada mak ayah..so sape lagik..
dari semalam dh dpt msg dari boss ada perhimpunan pagi...perhimpunan staff...erm...agak2nya semua tempat kerja wat camni kot..assembly mornin'...objektif???harap2 biarlah berbalo-baloi..jgn ikut trend jer..buang masa tul!!!!!dh la tadi terlepas duti jaga perhimpunan bebudak...terlupa beb!!!...biasa arr..pagi memang agak kelam kelibut wat aku...hehehehehe....

antara agenda yg di'announce'kan..biasa arr pasal kes panas...mcm pisang panas....aku???!!!malas amik port..sebab none of my bussiness...ckp lebey karang x pasal2 sangkut...better..senyap..zip mulut rapat2..xpon welding terus...confirm xleh bukak...wkakakaka....mcm2 la hal dunia nie...tapi yg wat aku sayu bila staff2 baru diperkenalkan...i feel that i miss something here!!!!..huhuhu...biarpon aku luahkan tapi rasanya mgkn x dpt nak totally figure out wat happening inside....warggghhhhh!!!!!!..aku redha ajerla...moga2..ari akan datang akan lebih baik utk aku ngan family kecikku...rentetan perkara nie aku dpt rasakan sesuatu inside of me..positively...xpe yg tue aku citer kdmn...biarkan ia membara dulu...:)

aku rasa nie la dulu yer...nanti2 aku jengah lagik...aku nie kalo datang time rajin nyer akan melambak2 la post kat cni...jgn x larat nak layan sudah...kalo malas..jawabnya bersawang arr kat cnie...hehehehe....pe2pon...layan jer la yer!!!!!!

Aku Kembali...

Erm..lama gak aku amik masa nak kembali mengolah mengolah di laman nie..bkn apa..ada kenangan yang membuatkan aku trauma..bknnye kecil tapi besar giler...byk wat aku menyesali nasib...tapi setelah memikirkan sedalam-dalamnya aku berani kembali ke laman spt nie...

xpela..berani kerana benar...hehehehe...gasakla korang nak kata apa...janji aku adalah diriku...

So..to people out there...listen here...if u dare to know me...this is ME, MYSLEF...aku bukan boneka dan aku jugak bukan pelakon yg bisa melakonkan watak sape2...kalo nak terima..terima aku kerana diriku....FULLSTOP!!!!!!!

To Be Continued...

~SiNoPsIs BlOg AkU~

Kadangkala aku kepingin untuk bercerita...cerita2 santai...cerita2 gumbira..dan cerita2 duka...jadi semuanya tentang cerita aku...

ChIt-ChAt


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers