Semalam boss panggil untuk review LPP dan SKT bagi tahun 2009. Singkatannya, penilaian prestasi tahunan. Berdebar pon ada jugak. Tapi aku x pernah mengharapkan sesuatu yang indah di situ. Walaupun memang sukar apabila nak mendengar orang lain untuk mengkritik kelemahan kita, namun aku anggap itu merupakan antara cabang utama untuk aku memperbaiki kelemahan diri di masa akan datang.

Boss aku simpulkan prestasi tahun 2009 meningkat sedikit dari tahun 2008 sebab aku banyak menyelesaikan tugasan2 khas ad-hoc. Itu antara reason mengapa prestasi aku ada peningkatan sedikit tahun nie. Aku dibenarkan untuk mengeluarkan pendapat berhubung isu ini. Dan aku juga diberikan peluang untuk mempertikaikan penilaian yang dibuat oleh Boss aku.

Namun, aku lebih selesa untuk mendengar. Dan sgt selesa jika kelemahan2 itu diperkatakan oleh boss aku sendiri. Selain dari kerja2 mengajar, kerja2 pengurusan dibuat atas permintaan. Mcm yang aku highlight siap2 kat boss, aku jenis x pendai cari kerja. Sekiranya diminta aku mesti x banyak songel punya sekiranya kerja2 tue dlm kemampuan aku. Seperti yang aku dh bajet siap, kelemahan utama aku adalah disebabkan komitmen aku pada kerja2 luar. Maksud aku seperti latihan luar pejabat seperti kursus2 dan sebagainya.

Bab nie memang aku lemah. Sebab kerja2 tue menuntut komitmen bukan sahaja di pihak aku, tapi keluarga aku...yang terdiri daripada anak2, hubby dan family kat kampung. Tak ter'adjust' aku dah...bukan aku x pernah dapat tawaran tapi memang xde kudrat aku nak memenuhi tuntutan kerja tersebut disebabkan komitmen family. Sekiranya aku x pergi yang perlu menanggung kesannya adalah aku seorang sahaja. Tapi sekiranya aku pergi, banyak pihak yang terbeban. Nak2 plak anak2 masih kecil. bukan aku x pernah bepengalaman sebelum nie, tapi kesannya tak tertanggung aku dibuatnya. Mak bapak aku ada lagik...tapi itulah susah aku nak kata...keputusan yang perlu dibuat bukan di pihak aku saja tapi melibatkan pihak2 lain.

So...kesimpulannya, aku boleh dikatakan berpuas hati dengan review boss aku. Telus atau tidak telus bukan kudrat aku untuk mempertikaikannya. Aku terima semuanya dengan penuh keterbukaan. Tentang komitmen kerja aku, kalo bukan arini mungkin nanti2 aku akan penuhi kehendak profesional aku...:)