Wa..aku ingat citer2 mistik nie dalam TV jer...rupa-rupanya citer2 tue dekat jer dengan kehidupan aku...Semuanya bermula bila mana KTM Berhad mengambil alih tanah2 orang kg termasukla tanah yang diduduki oleh kakak aku...Kalo aku fikir2kan semula macam aku tak percaya jer...tapi itulah kenyataannya..

Proses pengambilalihan oleh KTMB dimulakan dengan pembayaran gantirugi kepada semua pemilik tanah + rumah di kawasan2 yang terlibat dengan projek komuter KL - Utara...Tanah kakak atau lebih tepat abg ipar aku pon terlibat jugak...kesian jugak bila aku tgk mereka kene berpindah dan memulakan pembinaan rumah baru..tapi apakan daya..nak menolak siapala mereka utk melawan kehendak government!!!...so..ikut ajer la...

KTMB mulakan projek dengan meng'scan' tanah2 utk memantau struktur tanah...scan punyer scan..terbongkar misteri yang x pernah diketahui oleh penduduk tempatan selama ini..rupa2nya di bawah tanah jiran sebelah rumah kakak aku terletak 10 buah kubur lama!!!!...jadi usaha2 memindahkan kubur2 itu terpaksa dijalankan..nak dijadikan cerita proses pemindahan tersebut dijalankan pada siang hari...

kawasan rumah tersebut hanya terletak dalam lingkungan 30m sahaja dari rumah kakak aku..semasa proses tersebut dijalankan kebetulan kakak aku pulang ke rumah..dia dapat menyaksikan 6 bungkusan kain putih yang diletakkan di atas meja..bersedia untuk dipindahkan!!!!...

Kecoh seketika penduduk tempatan..yerla...selama nie xde siapa pun yang tahu menahu tentang kewujudan kubur2 tersebut...dipercayai kepunyaan perintis2 yang bertanggungjawab membuka kg tersebut...erm...misteri...misteri...even setiap kali aku terkenangkan citer nie, aku sendiri macam x percaya jer...:)