Pada awal-awal lagik aku memang x berapa pasti untuk menghadirkan diri ke PTK kali ini...tapi di atas suggestion kengkawan..aku pon mendaftarkan diri...walaupun dengan separuh kerelaan..dan paling utama dengan di atas keyakinan bahawa PTK kali ini masih berpegang kepada format asalnya...


dari tarikh pendaftaran aku dimaklumkan bahawa exam dijadualkan pada 8/12/2009..aku sedar hakikat daripada tarikh aku mendaftarkan diri yang PTK kali ini merupakan peluang terakhir untuk aku mencari jln mudah dalam kenaikan tangga gaji jawatan aku....namun atas kekangan tugas..aku masih tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian pada ulangkaji PTK...aku cuma berharap hjg November hinggalah ke tarikh exam ditetapkan aku bole mencari ruang untuk study...dengan harapan bilamana semua pelajar dh balik ke kg maka kuranglah beban kerja...

namun..semuanya tidak begitu...dari hari ke hari ada saja kerja2 pengurusan yang perlu aku selesaikan...payah memang payah..tapi apakan daya...dalam tempoh lebih kurang seminggu sebelum 8/12/2009 aku membuka website PTK semula untuk mencetak slip exam..alangkah terkejut nya aku bilamana terpapar pada slip yang mewajibkan aku untuk melengkapkan 4 item..iaitu selain soalan objektif bagi khusus dan umum...ada disampingnya tugasan dan persembahan..tarikh exam pon telah diubah kepada 15/12/2009...

kawan yang mulanya bersemangat terpaksa menarik diri sebab pada tarikh tersebut dia bercuti...adush!!!!...terkontang kanting seketika...tapi apakan daya...nak x nak kene juga aku tempuhi...

bila sampai ke tarikh yang dijanjikan..iaitu semalam..aku pon rasa diri 80% bersedia menghadapi segalanya...tapi malang nasib aku dan kengkawan bialamana pengurusan exam yang kononnya dinaiktaraf dari sebelum ini dilaksanakan dengan cara yang aku dapati sgt tidak valid...

Komponen persembahan dibuat disebelah petang...2.00-4.30..kononnya...dan setiap calon diberikan masa selama 15 min untuk persembahan dan sesi soal jawab...aku andaikan yang akan terdapat beberapa kumpulan penilai...tapi alangkah terperanjatnya aku bila mana aku dimaklumkan bahawa hanya terdapat 2 kumpulan penilai sahaja...manakala calon yang hadir seramai 28 orang...jadi maknanya...manamungkin dapat menyelesaikan 14 orang calon dalam masa 2 jam 30 minit yang diperuntukkan....

aku diberikan giliran yang ke-10...masa berlalu...lesu telah menguasai diri..paling demotivated bila penyelarasnya sendiri mengakui perlaksanaan ini sekadar memenuhi syarat...atau dengan kata lain...Format baru ini sekadar eksperimen untuk menilai sejauh mana keberkesanannya...dan secara x langsung...kami..calon2 yang hadir merupakan bahan specimen yang menjadi ujian bagi memenuhi karenah birokrasi yang bermacam ragam....

entah bagaimana nasib kami...aku sendiri tidak pasti...tidak ada agik jalan pintas yang 'telus' utk kenaikkan pangkat bagi aku..yg tinggal...jalan yg 'tersangat' pintas...berbekalkan kegigihan utk mengipas...mengampu..meng'aircond'...pihak atasan....adakah aku sanggup????...buat masa nie tidak pernah terlintas lagik utk aku menggunakan talian hayat nie....