18th December 2009 aku pulang ke kampung bersama hubby ngan anak2 utk memenuhi jemputan majlis berkhatan pada 19th December 2009 yang dibuat oleh kakak aku bertempat di rumah mak ayah aku..bernombor 58, Jalan Masjid...(wah..wah..wah...siap address sekali daaa...bukan hape..baru jer dapat setelah posmen bersama JKKK kg bermesyuarat sebab mendatangkan kesukaran untuk proses mailing...terutamanya di kalangn posmen2 baru...)
aku dimaklumkan aktiviti memasak akan dibuat secara gotong-royong..maka sudah jelas pada gambaran aku yang tidak dapat dinafikan lagik sesungguhnya semua yang terlibat akan memerahkan tenaga meraikan majlis ini...dan hasilnya nanti..penat seeehhhh.....tapi aku percaya seronok...beronok-ronok.....
aku sampai rumah kg jam 11.00 malam...aktiviti di rumah dh sampai ke penghujung..semua prepare nak masuk tdo sudah..sebab preparation pagi esok yg kene memulakan kerja awal2 pagi....so...aku settlekan anak2...dan aku pon lelapkan mata
tepat jam 6.00 pagi terdengar la suara ayah mengejutkan anak2...keras dh suara tuanya..sah dia marah sebab anak2 dia berlingkar lagik bawah selimut...aku bingkas terus menjenguk ke dapur utk melihat2 apa yg aku bole start dulu...xperlu solat subuh..sebab aku dlm keadaan yang DIHARAMKAN....hehehehe...biasa arr pompuan...
Setelah bertanyakan pada PIC (Person-In-Charge la tue....) yang merangkap kakak kedua aku...so aku ditugaskan utk memasak bihun singapore bersama2 ngan adik aku...oh...xde hal punyer..sebab aku dh pernah wat dah....:))) so..aku terus memantau bahan2 yang diperlukan...adush...byknyer yang xde...huhuhu...macam mana nie...naseb baik berpegang kepada prinsip kita wat dia...so..belasah la mana yg ada...terus ligat jer aku ngan adik aku menyelesaikan tugasan yg diberi..Alhamdulillah...menjadi...hehehehe...nie la pengalaman kedua aku memasak makanan dlm kuantiti yg banyak utk dijamukan kepada orang luar plak tue...first aritu...masak sayur paprik..masa majlis akad nikah adik aku tahun 2005...hehehehe....
ari semakin cerah..keje aku x berhenti disitu sahaja...aku menjengah keje2 luar...melihatkan keadaan di bawah khemah dengan kerusi meja yg masih berlipat..maknanya..itulah tugasan seterusnya..itulah aku..kalo keje2 fizikal..serah ajer pada aku..kalo keje2 yg melibatkan keje dapur nie..aku selalunya byk mengelak...takut sebenarnya...takut x menjadi...kalo dan2 tue nak menanya...maunya menambah beban pada orang lain yg sedia kelam kelibut...so...aku kumpulkan anak2 sedara yg dh bole diharap...terus aku menyusun apa yg patut..dlm pda masih berkira2 nak mengatu pelan dlm kepala..terpandang aku pada hubby yg tengah terkial2 membasuh kawah2...alahai kesian plak aku..aku stop dulu keje2 bawah khemah..terus aku menolong menyelesaikan kawah2 tue bersama.....itu pon antara duti2 rasmi aku waktu dulu2....
masa merangkak...sekarang giliran anak2 aku utk disiapkan...nasib baik anak2 x byk ragam..so bole la aku bingkas...selesai anak2 aku uruskan diri sendiri...melihatkan matahari yg kian terik..baru aku perasan yang jam sudah 10.30pagi..patut la perut dh menjerit2 minta dipenuhkan...tapi rasanya nasi xmasak lagik..nasib baik adik aku bawakan sepinggan bihun singapore 'O' lebihan tadi...Alhamdulillah...janji bole diamkan sekejap perut nie...
jam 11 lebih kurang tetamu mula beransur ramai...makan telah siap dihidang...tetamu mula menjamu selera...Opsss!!!...alamak terlupa plak...yg aku cerita tadi semua agenda aku...walhal..dari pagi dh ada aktiviti khatam Al-Quran dan tarik buaian anak2 sedara aku....hehehehe...biasa arr...kepala byk pusing...:)))
jam 2 lebih...semua hampir selesai...tinggal family terdekat berkumpul ramai2 bawah khemah melepaskan lelah..setelah penat melayan tetamu. kulihat...berpeluh-peluh hubby aku..siap basah baju yg dipakai sebab kehulu hilir memantau aktiviti di bawah khemah...hehehehe...xpela..sekali sekala....tinggal abg dan abg2 ipar aku yg tengah sibuk dok membasuh pinggan mangkuk...ahhh!!!!...biarkan mereka..sebab inilah pertama kalinya aku tengok mereka beria2..pengalaman aku terdahulu..selalunya mereka2 nie dok rileks jer..lepas tangan...siap aku perli gak...bukan selalu dapat ragging diorng....:)
menjelang petang..aku ngan adik2 aku yang perempuan menyambung menyelesaikan pinggan mangkuk kotor yng masih berbaki...rintik semakin kasar..basah dh belakang baju aku...huhuhu... ingat nak biar jer...tapi kesian plak..so..aku settlekan sampai siap..takpe..team-mate best!!!!
Selesai semua..barula terasa badan sengal2..biasalah..badan dh tua...keje lebih mulala nak jem...huhuhu...tapi bile dikenang sepanjang majlis...suka aku...paling best bila dapat jumpa cikgu sekolah rendah aku...Cikgu Zainal..dia macam yg aku kenal..tapi sebagai bekas anak murid dia..aku bangga dan aku appriaciate semua jasa dia pada aku...dia antara penyebab aku jadi apa yg aku ada sekarang..
Jam 10.00mlm aku bergerak pulang ke rumah aku..mak ada gak nak tahan utk aku balik esok paginya..maksudnya pagi ini la..tapi sebab aku bergerak ngan adik2 aku sekali..confident ckit...sebab bole borak...12.30mlm..aku sampai rumah...si bongsu aku plak terjaga..aduhai...susah nie...lepas bersiap apa yg patut..aku masuk bilik utk melelapkan mata..tapi si kecik tue nampak aktif semacam...aku try guna petua..wat x tau jer..last2...aku yg ZzzZZzZzzzzzZZzzzzzZzzZZzzzzZZzzz.......
terbangun jam 4.00pagi...kelam kabut aku dibuatnya...mana plak la si kecik nie...????!!!!..perut aku dh kecut....rupanya..elok jer dia lena kat bawah ketiak abah dia..la...naik katil sendiri yer...sampai ati tinggalkan ibu tdo sengsorang...itula dianya....:)))
Bangun pagi..macam aku kata arr....penat sgt2...nie pinggang sebelah kanan pon sengal semacam jer...tapi aku seronok....dh lama x rasa suasana nie...sesekali...memang best!!!!!!
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Pada awal-awal lagik aku memang x berapa pasti untuk menghadirkan diri ke PTK kali ini...tapi di atas suggestion kengkawan..aku pon mendaftarkan diri...walaupun dengan separuh kerelaan..dan paling utama dengan di atas keyakinan bahawa PTK kali ini masih berpegang kepada format asalnya...
“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur
Aku memang suka membaca novel..genre...kalo masa kecik2 novel penyiasatan arr..siri salma, tiga sekawan, hardy boy @ siri hadi, dan Nancy Drew. Boleh dikatakan hampir semua terbitan bagi siri2 yang aku sebutkan di atas aku dh khatam..tapi terhad kepada yang disediakan di perpustakaan sekolah rendah aku..yerla..nak meminjam kat library awam jauh sangat..ntah bila masanya aku nak pergi...aku yang masih bersekolah rendah memang x mendapat keizinan mak bapak aku untuk pergi ke town sesuka ati..
Kemudiannya aku beralih berjinak2 pula dengan novel2 bercorak kehidupan...memang layan..baru aku perasan aku quite passion dengan membaca novel nie..aku jadikan bacaan novel utk mengasah bakat dalam penulisan karangan terutamanya bahasa melayu..
Bergerak ke sekolah menengah rendah aku kemudian meluaskan bacaan novel dlm genre2 cinta..biasa arr jiwa remaja. cerita2 begitu memang mudah utk dijiwai..hehehe..kemudiannya aku luaskan kepada cerita2 sains fiksyen dan patriotik...pernah mak aku marah giler pada sebab concentrate sgt membaca novel..aku x bole stop selagi x sampai ke penghujung..minat aku mendalam sgt pada novel. Pernah aku berhasrat nak mencipta novel sendiri..tapi ntah bila baru kesampaian...angan2 mat jenin jer la...
Sehingga kini...minat aku pada bacaan novel memang xpernah berkurang..tapi semenjak aku berumahtangga aku terpaksa kurangkan hobi membaca novel sebab harus memberikan focus sepenuhnya pada rumahtangga...nak2 bila hubby aku sendiri pernah menegur jadi aku terpaksa mengurangkan sepenuhnya...tapi lately nie hubby aku memberikan kebenaran utk aku membaca semula selepas aku memberikan alasan dengan membaca novel ia merupakan terapi utk aku bagi mengurangkan stress melayan karenah anak2...
Anyway..memang x dapat dinafikan membaca novel merupakan hobi aku sepanjang zaman...:)
Paling lama kekal...yang lain tue adalah utk jangka masa pendek pastu hangin....:)))

