Bangun dari titon terus kepala mem'plan' menu untuk diet arini..Since hubby pon sama berdiet, makanya aku harus bersungguh-sungguh untuk membantu dan sama-sama memotivasikan diri untuk bersaing2 dalam merealisasikan impian nak mengurangkan berat badan kami yang dh terover-over nie...

Antara menu2 yang di'suggest'kan adalah seperti sandwich, sup, tomyam...kalo malas2 sangat...salad buah..x pon buah epal. Program diet kami baru sahaja bermula...aku plak x berkesempatan lagik nak mengukur berat sebelum program diet nie...xpe..nanti2 bile berkesempatan dalam masa terdekat nie akan aku cari ruang untuk mengukur berat aku ngan hubby...bukan hape untuk rujukan selepas tempoh waktu tertentu..untuk tujuan measurement whether our objectives is accomplished or not...ngeeee...
So..Today's Menu...

Tom Yam ala Aku....

Bahan-bahan
1/2 Ekor Ayam Dipotong Kecil
10 ekor Udang Sederhana Besar

4 Ekor Sotong

3 1/2 Kiub Tom Yam Knorr

8 biji Cili Padi Ditumbuk Kasar

2 Batang Serai Diketuk Batangnya

2 Biji Bawang Besar Dihiris

1 inci Halia dihiris
Daun Limau Purut (secukupnya)
1/4 Kobis

1/4 Bunga Kobis

4 Batang Putik Jagung

2 biji Tomato

2 sudu kecil air perahan limau nipis

Garam
Air

Perasa

Minyak (untuk menumis)


Cara2 Membuatnya

1. Tumiskan bawang dan halia yang telah dihiris hingga naik baunya.
2. Masukkan kiub / Pes Tom Yam sehingga keluar minyak.

3. Masukkan sedikit air, ayam, serai dan cili padi. Biarkan sehingga ayam tadi masak.
4. Setelah ayam masak, masukkan sotong bersama udang dan kemudiannya tambah air dengan anggaran 2 1/2 liter. Biarkan sehingga kuah tersebut menggelegak.

5. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut (kecuali tomato).

6. Masukkan garam dan perasa.

7. Apabila rasanya telah menepati selera dan sayur-sayuran telah masak, masukkan tomato.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


P/S: Hubby aku kata okies!!!...Selamat mencuba..kalo x kene pada selera..pepandaila ubah yer...nie pon asalnya aku cedok dari beberapa resepi....xpe..untuk memasak nie..bersandarlah pada tagline..."belasah ajer, pe2pon kite buat dia"...:)))